flat persekutuan km.5

 
Tolong
Langgan (BETA)
BUAL - BUAL

ShoutMix chat widget
Hak cipta
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported License.
Langgan cerita
Saturday, May 19, 2007

MINIT MESYUARAT RUKUN TETANGGA KOMPLEKS SUKAN LIKAS

BIL. :

Tarikh : 13Hb. April 2007.

Masa : 8.00 malam.

Tempat : Tabika Perpaduan Kompleks Sukan Likas.

KEHADIRAN :

  1. Tn. Hj. Rahman Bin Mintek. - Timbalan Pengerusi.
  2. Pn. Salmah Labulla - Pengerusi Penganjur Program
  3. En. Kastian Hj. Dula - Ketua Tunas Jiran.
  4. En. Haidir Abdullah. - Bendahari.
  5. En. Aiman Isnain - AJK.
  6. En. Abd. Rashid Awang Tuah - AJK.
  7. En. Taib Musah - AJK.
  8. Pn. Normalah Mohd. Jamal - AJK.
  9. .Pn. Siti Waliah Hj. Sidah - AJK.

TIDAK HADIR DENGAN MAAF :

  1. En Abd Latiff Hj. Muluk
  2. Tn. Hj. Mejar mohd. Zain.
  3. Pn. Hjjh. Hayati.
  4. Dr. Nelbon Giloi.
  5. En. Bailon Golutin.
  6. Pn. Aloha Ramlie.
  7. En. Nisham Shoib.

1. PERUTUSAN PENGERUSI PROGRAM.

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir meluangkan masa untuk bersama sama dalam mesyuarat kali ini. Beliau juga menyampaikan pesanan dari pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas yang tidak dapat menghadiri mesyuarat pada malam ini kerana sedang bertugas. Tujuan mengadakan mesyuarat pada malam ini adalah sebagai mempastikan program yang akan dijalankan pada besok pagi akan berjalan dengan lancer dan jayanya.

Tindakan : Makluman.

2. PENGESAHAN ATURCARA PROGRAM

2.1 Oleh kerana jurulatih bagi senamrobik dan pencadang bagi acara ini sedang out station , program ini secara automatic adalah dibatalkan.

Tindakan : Makluman

2.2 Jumlah anggaran bagi VIP adalah seramai 20 orang.

Tindakan : Makluman

2.3 Pengerusi penganjur memaklumkan yang beliau telah membeli peralatan tambahan bagi menggantikan dan menambah peralatan yang sedia ada untuk digunakan pada besok iatu: batang cangkul dan 1 batang penyedok (scoop)

Tindakan : Makluman / Bendahari.

2.4 Pn. Siti Waliah memaklumkan yang beliau telah pun mendapatkan persetujuan dari pengerusi program mengenai pembelian t-shirt yang akan digunakan pada besok hari, t-shirt dibeli dari Pn Haniefah Majnil secara hutang. Berharga sebanyak RM25 satu dan pembelian adalah sebanyak 31 helai, jumlah keseluruhan nilai pembelian adalah sebanyak RM775 dan akan dibayar kelak pada minggu hadapan melalui duit tabungan RT KSL.

Tindakan : Makluman / Bendahari / Pengerusi

2.5 Sebanyak 5 helai dari t-shirt ini adalah disediakan khas untuk VIP iatu 3 helai untuk pegawai – pegawai dari Jabatan Pertanian, 1 kepada wakil dari JPNIN manakala 1 helai lagi adalah kepada wakil dari PSUPS selebihnya iatu sebanyak 26 helai akan di agih agihkan oleh Bendahari RT.

Tindakan : Makluman / Bendahari

3 HAL HAL LAIN.

3.1 Pn. Siti Waliah memaklumkan kepada AJK bahawa seramai 3 AJK akan diwajibkan hadir ke Hotel Ruby Inn bagi majlis dialog bersama pengarah peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, dan pengerusi RTKSL memaklumkan kepada beliau yang akan hadir tersebut adalah beliau sendiri, Setiausaha dan Bendahari manakala akan dikeluarkan dari tabung RTKSL sebanyak RM69.00 (bayaran sebanyak RM23 seorang)

Tindakan : Makluman.

4. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam dan dengan harapan dan doa agar majlis ini akan dilaksanakan dengan jayanya, sekian.

Minit Disediakan Oleh : Dicadang Oleh:

(SITI WALIAH HJ SIDAH) ( )

B/P: Setiausaha Rukun Tetangga KSL

Disahkan Oleh : Disokong Oleh:

(PN. SALMAH LABULLA) ( )

Pengerusi Program Kempen Bumi Hijau.

posted by Abd Latiff Bin Hj. Muluk @ 2:08 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Abd Latiff Bin Hj. Muluk
Home: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
About Me: admin
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 flat persekutuan km.5 Template by Isnaini Dot Com